D
|
adah adalah musuh dan
pemusnah kehidupan. Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau
tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap
atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi
fizikal atau mental. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada
sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari
segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
Penyalahgunaan dadah
adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari
ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang
merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah
perangsang, LSD dan inhalan (bahan yang disedut). Perkataan bahan ini lebih
sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan
bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu
dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh
manusia (seperti menghidu gam).
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
No comments:
Post a Comment