Thursday, 28 June 2012

Batik-Malaysia




Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir.
Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.

Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda pemejaman dan kek pada 6000 sebelum Masehi. Tulisan berbentuk gambar diterjemahkan diatas kain tertenun oleh blok kayu ukiran timbul dicelupkan dengan pewarna sebelum ditekapkan pada kain yang kini dikenali sebagai 'batik'.
Bangsa Mesir Kuno menghias bentuk dasar ini dengan mempergunakan kain itu sendiri, yaitu dengan cara pemberian lipit-lipit ( pleats, plissee ). Bangsa Babylonia dengan menambah potongan-potongan strook yang berumbai-rumbai. Busana yang dipakai pada masa itu masih dalam bentuk yang sangat sederhana berupa busana dalam bentuk kemeja tanpa krag dinamakan KALASIRIS.
Dalam period kerajaaan kuno Kalasiris berlengan setali ini sangat pendek dan ketat, sedangkan dalam period kerajaan baru kalasiris dibuat panjan dan lebar serta diberi lipit-lipit yang merupakan unsur dekoratif yang sangat dominant pada tata busana bangsa Mesir kuno.

Di negara China dan Jepun 'kain bercorak' mula digunakan sejak abad ke 7 dan ke 8 lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu dan seterusnya Tanah Melayu.
 
BATIK DI MALAYSIA:

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan "ubi kentang" sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan.

Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.



Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ternyata konsep "batik" itu sendiri telah wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir sejak bermulanya tamadun manusia disana; Tamadun Mesopotamia- Babylon

No comments:

Post a Comment