alia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak
digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting
diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang
ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan
halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di
Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman
tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa
sawit.
Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Nama Botani :Zingiber Officinale Ross
Nama lain :Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.
Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasi.
Khasiat dan Kegunaan

Bagi
mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk
di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

No comments:
Post a Comment